semoga perkara baik ygku tahu, didetik ini, dpt aku taat

Banner 468

“Barangsiapa mencari keredhaan Allah dengan marahnya manusia, nescaya dia dicukupkan oleh Allah segala keperluannya; dan Barang siapa mencari keredhaan manusia dengan kemarahan Allah nescaya dia akan diserahkan oleh Allah kepada manusia”
Facebook
RSS

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
[Surat Al-Mulk-ayat 12]

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".
[Surat Al-Mulk-ayat 23]

Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah (r.a):
'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Demi diriku di dalam tangannya (yakni, genggaman Allah) (maksudnya, dia bersumpah), tidak akan masuk syurga sehingga beriman kamu sekelian, dan tidak beriman kamu sekelian sehingga berkasih sayang kamu satu sama yg lain ..'
[Hadith Abu Daud, Kitab Adab]


Showing posts with label sleep. Show all posts
Showing posts with label sleep. Show all posts

cara tidur Nabi Muhammad SAW diakui saintis baik untuk kesihatan

Oleh Mohd Roslan Md Isa.


ORANG dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula bagi golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara empat hingga lima jam sehari. 

Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.

Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.

“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Hadis riwayat Tarmizi)

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.

Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.

Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.

Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.

Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.


Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda. 

Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar. Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.
[ Read More ]

sebelum tidur..nampak biasa.. tetapi..,

Rasulullah s.a.w berpesan pada Aisyah r.h yang bermaksud,

"Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu

[1]
sebelum khatam al-Qur'an
[2]
sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhirat
[3]
sebelum para Muslimin meredhai kamu dan
[4]
sebelum kau laksanakan haji dan umrah.




Bertanya Aisyah,
"Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" 


Rasulullah tersenyum dan bersabda maksudnya,
" Jika Engkau tidur bacalah ; "


[1]
Al- Ikhlas tiga kali seolah-olah kau mengkhatamkan al-Qur'an.


[2]
Bacalah selawat untukku dan para Nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.


[3]
Beristighfarlah untuk para Muslimin, maka mereka akan meredhai kamu.


[4]
Dan banyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir (subhanaullah,walhamdulillah,walaillahailaullah, Allahuakbar), maka seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."



by http://shafza-sinarislam.blogspot.com/2010/04/pesan-rasulullah-saw-sebelum-tidur.html


Imam al-Bukhari, Muslim, at-Tirmizi, dan Abu Dawud serta para perawi yang lain meriwayatkan dari al-Bara’ bin ‘Azib ra., bahwa sahabat Nabi saw berkata: Rasulullah saw bersabda: Jika engkau akan berbaring tidur maka berwudhulah seperti halnya wudhumu ketika hendak shalat, kemudian berbaringlah pada sisi kanan tubuhmu lalu ucapkanlah:
اَللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ.
Artinya: “Ya Allah aku menyerahkan diriku kepada-Mu, aku menghadapkan wajahku kepada-Mu, aku serahkan semua urusanku kepada-Mu, aku menyandarkan punggungku kepada-Mu. Karena mengharap dan takut kepada-Mu. Sesungguhnya tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari (ancaman)-Mu kecuali kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan kepada Nabi yang Engkau utus.”
Rasulullah saw bersabda: “Jika engkau mati di malammu maka engkau mati dalam keadaan suci, dan jika engkau bangun maka engkau telah mendapatkan pahala”.
[ Read More ]